Meninjau Sejarah Dari Perspektif Kerabat Terpinggir
Tun Sheikh masih ingat pesanan Allahyarham Cikgu Shaharum Hussein seorang tokoh sejarawan dan budaya Johor. Beliau memesan supaya kita mencatat dan menulis apa yang terlintas mengenai sastera, sejarah dan budaya atau apa sahaja yang terilham agar tidak hilang begitu sahaja apabila kita meninggal dunia atau terhapus kerana kelupaan. Biar orang yang pakar di kemudian hari mengkajinya atau setidak-tidaknya hasil dari catatan kita akan dapat membantu mereka mengembangkannya, membuat penyelidikan atau mencetuskan ilham yang baru yang lebih otentik mengikut kepakaran dan kemudahan atau fasiliti canggih yang dimiliki mereka.
Hal ini memang ada kebenarannya kerana baru-baru ini Tun Sheikh menerima beberapa pertanyaan sama ada meminta bantuan mahupun menambah tokok terhadap fakta sejarah tokoh dan tempat yang pernah Tun Sheikh tulis daripada generasi muda & juga daripada ahli keluarga yang ingin menyelidik susur galur keturunan mereka. Kerabat Temenggong Muar misalnya sangat berterima kasih kepada Tun Sheikh kerana menulis biografi ringkas Wan Idris bin Wan Ibrahim, bekas menteri besar Johor yang amat kurang catatan rekod mengenai sejarah dan sumbangan beliau dalam kerajaan negeri Johor. Mereka berterima kasih kerana mendapat pencerahan dan idea mengapa keturunan Temenggong Muar seolah-olah dianaktirikan. Pada hal Temenggong Muar mempunyai daulat tersendiri kerana mempusakai tanah jajahan dan pemerintahan sendiri seperti kuasa otonomi yang dianugerahkan oleh Sultan Melayu Johor-Riau dan Pahang.
Di bawah ini sukalah Tun Sheikh memuat turun jawapan yang pernah Tun Sheikh berikan kepada ahli waris Orang Kaya Muar yang telah terpinggir yang berminat menyelidiki asal-usul keturunan mereka. Bagi Tun Sheikh keturunan Orang Kaya Muar juga mempunyai keunikan dalam memainkan peranan memajukan Muar dan mereka juga mempunyai daulat tradisional kerana kawasan Padang Muar adalah kurnia daripada sultan Melaka kepada putera keturunan Melayu Bugis Campa. Mereka dikurniakan daerah dan sekeliling kawasan Bukit Mor Muar kerana keturunan mereka pernah menguasai alam Melayu Nusantara sebelum kewujudan Kesultanan Melaka. Raja Melayu Campa ini pada suatu ketika dahulu pernah dilagendakan berkerajaan di Muar tetapi masih belum dapat dipastikan lokasinya yang tepat. Artifak tertua yang ada sedikit kaitan dengannya adalah terhadap ‘gendang dongsong’ yang dijumpai dari dasar Sungai Muar. Terdapat juga beberapa catatan hasil kajian lisan terhadap kebudayaan orang sakai atau orang asli Muar yang mengatakan kerajaan Muar Tua/purba pernah dikenali sebagai Kouli yang perkataan Melayu asalnya ialah Kuala, Kole dan Kouli. Di Muar juga terdapat cerita lisan, dogeng, mitos dan lagenda mengenai budaya dan kehidupan masyarakat silam seperti Hikayat Malim Dewa, Hikayat Puteri Gunung Ledang (visi Jawa), Cerita Si Tanggang (visi orang Asli) dan lain-lain.
Jawapan Tun Sheikh terhadap beberapa pertanyaan dari keturunan Orang Kaya Muar adalah seperti berikut:
“MKsalam wbt., Sy amat berterima kasih di atas emel tuan.
Dalam kajian sy bersama Persatuan Sejarah Malaysia Muar & Yayasan Warisan Johor melalui Sejarah Lisan/menemubual kaum keluarga & kerabat berkaitan tokoh (Hj Md Noh) & Kg Bakri dan melalui beberapa dokumen/rekod sejarah yang amat terhad, sy tidak menjumpai nama Pandak Yahya kecuali beberapa tokoh Muar yang banyak menggunakan gelaran Hj Long.
Md Noh bin Lebai Hj Muhamad ialah peneroka Bakri pd tahun1869 & peneroka Kg Sg Raya Bukit Pasir (*1881). Beliau lahir di Ceribon pd 1850 & meninggal *1923 di Bakri, adalah orang Jawa-Arab dari keturunan Raja Ceribon/Sunan Gunung Jati (Wali Songo). Sg Raya dikurniakan kpd Hj Md Noh oleh Kerabat Diraja Pagoh utk diterokai oleh orang Jawa yang diketuainya setelah beliau bernikah dgn Wan/Tun Hawa puteri Engku Muda Mansor. Engku Muda Mansor ialah adinda Sultan Ahmad Pahang tlh menikahkan anakanda beliau dlm usaha mencari pengaruh & sumber dana kewangan utk memberontak menentang kekanda beliau yg mungkir janji.
Hj Long anak kepada Hj Md Noh jadi Naib Penghulu Bakri sekitar 1915-1941 tetapi tidak ditauliah oleh Sultan Johor kerana sebab-sabab dasar & politik Johor ketika itu.Beliau berkhidmat dengan Orang Kaya Muar (Orang Kaya Yusuf) dan selepas Perang Jepun anak Orang Kaya Yusuf bernama Hj Abd Kadir bekas Askar Sultan (JMF) dijadikan Ketua Kg Bakri (*1946-1956).
Hj Abd Kadir adalah biras & sahabat kepada Md Yasin JMF bin Hj Long kerana Md Yasin JMF bernikah dgn Cik Kalsom, adik isteri Hj Kadir. Mereka berdua pernah berkhidmat dalam JMF & selepas bersara, mengetuai Kumpulan Harimau yang sangat terkenal dan digeruni ketika itu. Kumpulan Harimau ialah Kongsi Gelap Melayu bandar Muar naungan Sultan Ibrahim. Kumpulan Harimau diasaskan oleh Hj Abdullah Taiko iaitu datuk Md Yasin JMF sebelah ibu pd tahun *1890 dan dibubarkan oleh Md Yasin JMF pd 1949 (ketua mengikut urutan ialah Abdullah Taiko, kemudian anaknya Wak Mian, Hj Kadir bin Hj Yusuf & Md Yasin JMF) .
Sy tertarik dengan nama Kadir dan Busu Mon kerana pernah timbul dalam kajian kami tetapi sy tidak pasti adakah mereka orang yg sama. Hj Abd Kadir & Busu Mon ada pertalian saudara kerana mereka adalah keturunan Orang Kaya Muar. Ini termasuklah Tan Sri Kadir Samsudin & isteri. Sehubungan itu sy percaya Pandak Yahya ada pertalian saudara dengan Orang Kaya Muar dan berketurunan daripada Orang Melayu Bugis Campa yang terkenal memerintah Padang/Muar.

Salasilah mengenai Orang Kaya Muar boleh tuan dapati dlm beberapa penerbitan di Perpustakaan Yayasan Warisan Johor & juga ada dalam simpanan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Muar, Cikgu Hj Khamis bin Joned. Utk makluman tuan PM Dato' Najib & Dato' Hishamudin juga mempunyai talian darah keturunan Melayu Bugis Campa kerana ibu mereka adalah anak kpd Tan Sri Noah Umar dari keturunan Orang Kaya Muar. Begitu juga dgn MB Johor Dato' Khalid & Dato' Ghani Othman.
Sy amat menggalakkan tuan membuat kajian lanjut mengenai datuk tuan kerana banyak perkara penting akan terbongkar sama ada politik, diskriminasi dsb & akhirnya kita akan dpt menambahkan fakta dasar & kebijaksanaan keturunan temenggong sehingga berjaya menjadi sultan & memajukan rakyat & negeri Johor. Setidaknya kita akan dpt menambah fakta utk sejarah Muar sdn kerana Muar sangat unik dlm sejarah & kebudayaan Melayu. Keturunan Orang Kaya Muar & peranan orang Jawa sangat banyak memainkan peranan sejak dahulu sehingga sekarang.
Selamat berusaha & sy sarankan tuan menulis dapatan/hasil penyelidikan tuan di internet agar boleh diakses oleh orang lain sekaligus menunaskan pengembangan & fakta-fakta baru yg akhirnya membantu ahli & pakar melakukan kesinambungan kajian sejarah mereka. Sekian. terima kasih.”
Dikesempatan akan datang Tun Sheikh akan menulis berkenaan keturunan Dato’ Naning yang telah terpinggir akibat politik Inggeris ketika menjajah Melaka. Beliau telah bercerita mengenai sejarah Naning dalam dimensi alam realiti dan kerohanian.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Kota Melaka 9.10.2013
0 Response to "Meninjau Sejarah Dari Perspektif Kerabat Terpinggir"
Posting Komentar